Pengenalan
Pengenalan :
Az Zahra Global Enterprise adalah syarikat 100% milik bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (No. pendaftaran : PG0350766-H). Syarikat menjalankan aktiviti penternakan ayam kampung (kacukan). Ladang ternakan terletak di La Rosa Villa Farm, Kampung Gual Tengah, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia. Sehingga Oktober 2014, syarikat memperuntukkan kawasan ternakan yang boleh memuatkan sehingga 5,000 ekor ayam dalam 1 masa dan berkebolehan untuk menyediakan dan menjual ayam dewasa sekitar 500 ekor setiap minggu.
DUGAAN BANJIR DI KELANTAN
Baru-baru ini, negara Malaysia khususnya di Kelantan dikejutkan dengan bencana banjir yang merupakan paling teruk dalam tempoh 10 tahun. Bencana tersebut bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda, ternakan dan tanaman, tetapi kepada kehilangan nyawa.
Ladang kami yang terletak di Daerah Pasir Mas Kelantan walaupun tidak dinaiki air banjir seperti di kawasan sekitar, namun bencana tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada ternakan kami. Ini kerana bekalan makanan terputus disebabkan laluan utama untuk mendapatkan makanan tersebut terputus. Pemotongan elektrik di seluruh daerah yang terlibat banjir juga menyebabkan ternakan tidak mendapat kawalan suhu persekitaran yang baik disamping hujan yang berpanjangan.
Alhamdulillah, walaupun banyak ternakan kami yang mati, namun kami masih boleh bertahan dengan sejumlah ternakan yang masih hidup dan berjaya mengharungi musibah kali ini. Sehingga kini, projek kami sedang dalam proses pembangunan semula untuk terus menyediakan bekalan yang mencukupi untuk pasaran setempat.
Subscribe to:
Posts (Atom)