Pengenalan

Pengenalan :

Az Zahra Global Enterprise adalah syarikat 100% milik bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (No. pendaftaran : PG0350766-H). Syarikat menjalankan aktiviti penternakan ayam kampung (kacukan). Ladang ternakan terletak di La Rosa Villa Farm, Kampung Gual Tengah, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia. Sehingga Oktober 2014, syarikat memperuntukkan kawasan ternakan yang boleh memuatkan sehingga 5,000 ekor ayam dalam 1 masa dan berkebolehan untuk menyediakan dan menjual ayam dewasa sekitar 500 ekor setiap minggu.



DUGAAN BANJIR DI KELANTAN


Baru-baru ini, negara Malaysia khususnya di Kelantan dikejutkan dengan bencana banjir yang merupakan paling teruk dalam tempoh 10 tahun. Bencana tersebut bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda, ternakan dan tanaman, tetapi kepada kehilangan nyawa.

Ladang kami yang terletak di Daerah Pasir Mas Kelantan walaupun tidak dinaiki air banjir seperti di kawasan sekitar, namun bencana tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada ternakan kami. Ini kerana bekalan makanan terputus disebabkan laluan utama untuk mendapatkan makanan tersebut terputus. Pemotongan elektrik di seluruh daerah yang terlibat banjir juga menyebabkan ternakan tidak mendapat kawalan suhu persekitaran yang baik disamping hujan yang berpanjangan.

Alhamdulillah, walaupun banyak ternakan kami yang mati, namun kami masih boleh bertahan dengan sejumlah ternakan yang masih hidup dan berjaya mengharungi musibah kali ini. Sehingga kini, projek kami sedang dalam proses pembangunan semula untuk terus menyediakan bekalan yang mencukupi untuk pasaran setempat.

PREPAID RELOAD / TOPUP ( AZ ZAHRA RELOAD )

Alhamdulillah, disamping menjalankan perniagaan ayam kampung, kami berpeluang untuk menceburi bisnes prepaid reload/topup. Bagi anda yang ingin membeli topup, cara-caranya adalah seperti berikut :-

1. Bank-in / transfer duit ke akaun kami :-

Pemunya akaun : Az Zahra Global Enterprise
No Akaun : 5574 0151 2491

2. Selepas bank-in / transfer duit, sms ke no 011 - 3270 3670 dengan memberikan maklumat seperti berikut :-

No. tel / Telco / Jumlah topup (tidak perlu RM) /Tarikh / Masa (format 24 jam)
contoh : 
012-3456789 / Celcom / 10 / 221014 / 1500 

Perkhidmatan topup ini merangkumi telco seperti berikut :-


Masa urusan adalah 8am - 10pm. Urusan selepas jam 10pm, topup akan masuk pada hari keesokannya sebelum jam 9

Bagi mereka yang berminat untuk menceburi bisnes topup, bolehla mendaftar dengan klik link ini Az Zahra Reload atau terus call no seperti diatas.

AYAM KAMPUNG ASLI & AYAM KAMPUNG KACUK

Ayam Kampung Asli
Jangka masa peliharaan : 6-7 bulan
Saiz : Lebih kecil berbanding ayam kampung kacukan
Berat : 1kg - 1.5kg
Tempat ternakan : Ayam asli tidak diletak dalam reban terkurung. Mereka dibiarkan bebas untuk mencari makanan sendiri. Aktiviti ayam ini menyebabkan protein membentuk daging yang kenyal dan lemak sangat kurang kerana lemak tidak terbentuk disebabkan aktiviti ayam yang aktif.
Lain-lain : Ayam kampung pandai mencari makanan tambahan seperti serangga kecil, ulat, belalang dan cacing serta  bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesis tumbuhan herba. Oleh kerana sumber protein yang terhad, ayam kampung asli memerlukan tempoh pembesaran yang agak lama.

Ayam Kampung Kacuk
Jangka masa peliharaan : 3 bulan
Saiz : Lebih besar dan banyak daging berbanding ayam kampung asli
Berat : 1.5kg - 2.5kg
Tempat ternakan : Kebiasaanya diternak dalam reban yang dikhaskan dimana ayam ditempatkan didalam reban tersebut sepenuh masa dan makanan disediakan. Aktiviti ayam ini lebih terhad, jadi proses pembesaran adalah konsisten. Tidak seperti ayam kampung asli, ayam jenis ini ditempatkan dalam reban khas bagi mengelakkan pergaduhan untuk mendapatkan makanan disamping memudahkan proses menuai apabila ayam mencapai umur atau berat tertentu. Dalam masa yang sama, kualiti ayam juga dapat diseragamkan.
Lain-lain : Sumber makanan utama bagi ayam kampung jenis kacukan akan disediakan sendiri oleh penternak bagi mengawal diet pemakanan ayam ini sehingga mencapai berat tertentu (biasanya 1.5kg). Kebiasaannya penternak akan menggunakan dedak jenis berkualiti dimana kos setiap 50kg beg adalah sekitar RM90-RM110. Teknik penjagaan ini lebih teratur, kandungan protein dalam makanan juga konsisten.


Sumber rujukan :
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ayam_kampung
2. http://hancpoultryfarm.blogspot.com
3. http://www.shakroil.com/2011/10/perbezaan-ayam-kampung-dan-ayam-daging.html

KAWASAN PENTERNAKAN

Reban untuk ayam yang masih kecil

Anak ayam berusia kurang 1 minggu

Ayam berusia 1-2 minggu

                                                Ayam berusia 2-3 minggu