Ayam Kampung Asli
Jangka masa peliharaan : 6-7 bulan
Saiz : Lebih kecil berbanding ayam kampung kacukan
Berat : 1kg - 1.5kg
Tempat ternakan : Ayam asli tidak diletak dalam reban terkurung. Mereka dibiarkan bebas untuk mencari makanan sendiri. Aktiviti ayam ini menyebabkan protein membentuk daging yang kenyal dan lemak sangat kurang kerana lemak tidak terbentuk disebabkan aktiviti ayam yang aktif.
Lain-lain : Ayam kampung pandai mencari makanan tambahan seperti serangga kecil, ulat, belalang dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesis tumbuhan herba. Oleh kerana sumber protein yang terhad, ayam kampung asli memerlukan tempoh pembesaran yang agak lama.

Ayam Kampung Kacuk
Jangka masa peliharaan : 3 bulan
Saiz : Lebih besar dan banyak daging berbanding ayam kampung asli
Berat : 1.5kg - 2.5kg
Tempat ternakan : Kebiasaanya diternak dalam reban yang dikhaskan dimana ayam ditempatkan didalam reban tersebut sepenuh masa dan makanan disediakan. Aktiviti ayam ini lebih terhad, jadi proses pembesaran adalah konsisten. Tidak seperti ayam kampung asli, ayam jenis ini ditempatkan dalam reban khas bagi mengelakkan pergaduhan untuk mendapatkan makanan disamping memudahkan proses menuai apabila ayam mencapai umur atau berat tertentu. Dalam masa yang sama, kualiti ayam juga dapat diseragamkan.
Lain-lain : Sumber makanan utama bagi ayam kampung jenis kacukan akan disediakan sendiri oleh penternak bagi mengawal diet pemakanan ayam ini sehingga mencapai berat tertentu (biasanya 1.5kg). Kebiasaannya penternak akan menggunakan dedak jenis berkualiti dimana kos setiap 50kg beg adalah sekitar RM90-RM110. Teknik penjagaan ini lebih teratur, kandungan protein dalam makanan juga konsisten.

Sumber rujukan :
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ayam_kampung
2. http://hancpoultryfarm.blogspot.com
3. http://www.shakroil.com/2011/10/perbezaan-ayam-kampung-dan-ayam-daging.html

No comments:
Post a Comment